Sunday, June 28, 2015

SUKAN BOLA SEPAK

Sukan Bola Sepak

Bola sepak ialah salah satu permainan yang tertua di dunia dan merupakan permainan yang paling popular hingga ke hari ini. Di Malaysia, permainan ini telah diperkenalkan oleh tentera inggeris pada tahun 1825. Permainan ini mula diketegahkan pada tahun 1905, apabila tertubauhnya  Liga Bola Sepak Amatur Selangor. Pertandingan bola sepak yang pertama telah diadakan pada tahun 1921 untuk merebut Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia).

            Permainan ini terus berkembang dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Malaya (kini Persatuan Bola Sepak Malaysia) pada tahun 1926, yang bergabung dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada tahun 1956. Malaysia terus menganjurkan beberapa siri pertandingan termasuklah pertandingan yang melibatkan pasukan Negara luar, seperti Pesta Bola Sepak Merdeka, Piala FA, Piala FAM, Piala Sumbangsih da Liga Perdana.

            Melalui pertandingan ini, lahirlah beberapa orang pemain yang terkenal di peringkat antarabangsa, seperti Allahyarham Moktar Dahari dan mendiang R. Arumugam.


Menguasai Kemahiran Asas

1)    Menendang

Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik yang betul. Seseorang pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya mempunyai kekuatan otot dan kekuatan yang baik di bahagian kaki. Menendang bertujuan untuk melakukan jaringan atau hantaran kepada rakan sepasukan, Pemain melakukan tendangan sudut atau tendangan bebas, mengeluarkan bola dari kawasan petak gol, tendangan perlu dilakukan semasa sepakan penalti.

 



2)    Menyerkap

Kebolehan menyerkap bola yang datang memudahkan seseorang pemain itu melakukan tindakan yang seterusnya dalam bola sepak. Pelbagai bahagian anggota badan , kecuali tangan boleh digunakan untuk menyerkap bola. Penggunaan bahagian anggota badan bergantung kepada keadaan bola yang datang, sama ada meleret atau tinggi.



 




3)    Menggelecek

Kemahiran ini melibatkan kebolehan berlari sambil mengawal bola ke kiri, ke kanan, ke hadapan atau berpusing ke belakang. Kebolehan melakukan kemahiran ini dengan baik sangat penting untuk mengatasi pemain lawan. Menggelecek boleh dilakukan dengan sebelah kaki. Biasanya, bahagian dalam dan bahagian luar kaki digunakn untuk menggelecek.


 




4)    Melakukan Hantaran

Kemahiran melakukan hantaran adalah penting untuk memastikan bola sampai kepada rakan sepasukan dengan tepat. Hantaran biasanya dilakukan dengan menggunakan kemahiran menendang. Tendangan leret digunakan untuk membuat hantaran dekat, manakala tendangan lambung digunakan untuk membuat hantaran jauh.

            Seseorang pemain boleh menggunakan hantaran  dekat dan hantaran jauh semasa melakukan hantaran ke pelbagai arah, seperti ke hadapan, ke sisi dan menyilang, bergantung kepada situasi ketika bermain.






5)    Menanduk

Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol dan melakukan hantaran. Menanduk dilakukan dengan menggunakan bahagian dahi. Jenis tandukan yang biasa dilakukan semasa bermain ialah tandukan ke hadapan, tandukan ke belakang dan tandukan ke sisi.


 





6)    Menjaga gol

Penjaga gol boleh menggunakan keseluruhan anggota badannya untuk menghalang cubaan jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan. Penjaga gol yang baik mestilah menguasai kemahiran menangkap, menumbuk dan menendang. Selain menguasai kemahiran tendangan leret dan tendangan lambung, penjaga gol juga perlu menguasai kemahiran tendangan bola di udara dan tendangan lantun. Kedua-dua jenis tendangan ini dilakukan dengan menggunakan bahagian kekura kaki


 



No comments:

Post a Comment