Sukan Bola Sepak
Bola sepak ialah salah satu permainan yang
tertua di dunia dan merupakan permainan yang paling popular hingga ke hari ini.
Di Malaysia, permainan ini telah diperkenalkan oleh tentera inggeris pada tahun
1825. Permainan ini mula diketegahkan pada tahun 1905, apabila
tertubauhnya Liga Bola Sepak Amatur Selangor. Pertandingan bola
sepak yang pertama telah diadakan pada tahun 1921 untuk merebut Piala HMS
Malaya (kini Piala Malaysia).
Permainan
ini terus berkembang dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Malaya (kini
Persatuan Bola Sepak Malaysia) pada tahun 1926, yang bergabung dengan
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada tahun 1956. Malaysia terus
menganjurkan beberapa siri pertandingan termasuklah pertandingan yang
melibatkan pasukan Negara luar, seperti Pesta Bola Sepak Merdeka, Piala FA,
Piala FAM, Piala Sumbangsih da Liga Perdana.
Melalui
pertandingan ini, lahirlah beberapa orang pemain yang terkenal di peringkat
antarabangsa, seperti Allahyarham Moktar Dahari dan mendiang R. Arumugam.
Menguasai Kemahiran Asas
1) Menendang
Tendangan yang baik dapat dihasilkan
dengan menggunakan teknik yang betul. Seseorang pemain juga dapat menendang
dengan baik sekiranya mempunyai kekuatan otot dan kekuatan yang baik di
bahagian kaki. Menendang bertujuan untuk melakukan jaringan atau hantaran
kepada rakan sepasukan, Pemain melakukan tendangan sudut atau tendangan bebas,
mengeluarkan bola dari kawasan petak gol, tendangan perlu dilakukan semasa
sepakan penalti.
2) Menyerkap
Kebolehan menyerkap bola yang datang
memudahkan seseorang pemain itu melakukan tindakan yang seterusnya dalam bola
sepak. Pelbagai bahagian anggota badan , kecuali tangan boleh digunakan untuk
menyerkap bola. Penggunaan bahagian anggota badan bergantung kepada keadaan
bola yang datang, sama ada meleret atau tinggi.
3) Menggelecek
Kemahiran ini melibatkan kebolehan
berlari sambil mengawal bola ke kiri, ke kanan, ke hadapan atau berpusing ke
belakang. Kebolehan melakukan kemahiran ini dengan baik sangat penting untuk
mengatasi pemain lawan. Menggelecek boleh dilakukan dengan sebelah kaki.
Biasanya, bahagian dalam dan bahagian luar kaki digunakn untuk menggelecek.
4) Melakukan Hantaran
Kemahiran melakukan hantaran adalah
penting untuk memastikan bola sampai kepada rakan sepasukan dengan tepat.
Hantaran biasanya dilakukan dengan menggunakan kemahiran menendang. Tendangan
leret digunakan untuk membuat hantaran dekat, manakala tendangan lambung
digunakan untuk membuat hantaran jauh.
Seseorang
pemain boleh menggunakan hantaran dekat dan hantaran jauh semasa
melakukan hantaran ke pelbagai arah, seperti ke hadapan, ke sisi dan
menyilang, bergantung kepada situasi ketika bermain.
5) Menanduk
Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk
menjaringkan gol dan melakukan hantaran. Menanduk dilakukan dengan menggunakan
bahagian dahi. Jenis tandukan yang biasa dilakukan semasa bermain ialah
tandukan ke hadapan, tandukan ke belakang dan tandukan ke sisi.
6) Menjaga gol
Penjaga gol boleh menggunakan
keseluruhan anggota badannya untuk menghalang cubaan jaringan yang dibuat oleh
pasukan lawan. Penjaga gol yang baik mestilah menguasai kemahiran menangkap,
menumbuk dan menendang. Selain menguasai kemahiran tendangan leret dan
tendangan lambung, penjaga gol juga perlu menguasai kemahiran tendangan bola di
udara dan tendangan lantun. Kedua-dua jenis tendangan ini dilakukan dengan
menggunakan bahagian kekura kaki
